
PENGENALAN
Anda Memerlukan Pereka Grafik (Designer) Untuk Perniagaan Anda?
Kami Sedia Membantu...
PerekaGrafik4u adalah syarikat Bumiputera dimiliki oleh syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) bernombor pendaftaran (JR0034111-A) dan didaftar di Muar Johor.
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pereka grafik sepenuh masa dimana perkhidmatan kami diperlukan oleh peniaga-peniaga, syarikat-syarikat, persatuan-persatuan, kumpulan komuniti(Group), artist, jurugambar, dan banyak lagi bagi mereka gunakan untuk tujuan perniagaan, promosi, pemasaran, identiti, pengiklanan, media sosial dan sebagainya.
Kami telah berkecimpung didalam bidang senireka grafik ini selama lebih dari 12 tahun. Bermula dengan hobi dan mengisi masa lapang, freelance, berkerja dengan sektor-sektor swasta dan akhir sekali menjalankan sendiri perniagaan ini. Kami juga berpengalaman dalam pelbagai medium bidang percetakkan. Buat masa ini kami lebih fokus dalam perkhidmatan pereka grafik ini.
Kami tahu pengguna memerlukan perkhidmatan seperti kami. Mereka ingin memperkenalkan identiti perniagaan mereka dan sebagainya kepada pelanggan atau pengikut mereka. Medium ini merupakan salah satu impak terbaik untuk identiti perniagaan atau syarikat mereka agar diketahui dengan mudah secara umum.
Kami jamin anda akan berpuas hati dengan rekaan-rekaan dan idea-idea terkini yang akan kami reka didalam imej perniagaan atau syarikat anda. Kamilah yang anda cari.